Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liwat II: Semak semula kredibiliti Saiful kata Karpal
Diterbitkan:  Dec 12, 2011 4:16 AM
Dikemaskini: 10:43 AM

Penggulungan hujah perbicaraan liwat II yang bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dengan penguambela utama Karpal Singh berkata, keterangan yang diberikan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kandang tertuduh boleh diterima mahkamah.

NONE Katanya, pihak pembelaan juga turut bergantung kepada keterangan saksi lain termasuk dua pakar dari Australia.

Selain itu, pihak pembelaan juga mahu mahkamah mengketepikan keterangan pengadu kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana ia bukan saksi yang  kredibel.

Menurut Karpal, ketika disoal balas oleh peguam, Saiful mengakui mempunyai peluang untuk melarikan diri, namun tidak berbuat demikian seperti dinyatakannya sebelum ini.

Soalan: Apa berlaku daripada bilik tidur, ada peluang untuk meninggalkan daripada tempat itu? You had the opportunity to unlatch the door and rushed out ?

Jawapan: Selepas kejadian?

S: Ya?

J: Ada.

S: Ada peluang, bukan?

J: Ada.

S: Tapi tidak menggunakan peluang itu?

J: Semasa itu, tidak.

Dalam pada itu, Karpal turut berhujah kredibiliti pakar Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid iaitu individu pertama yang melakukan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful tidak pernah dicabar oleh pendakwaan.

Dalam laporan perubatan Dr Mohd Osman dinyatakan bahawa objek plastik dimasukkan dalam dubur Mohd Saiful. Berikut keterangan balas sebelum ini.

S:

Sepanjang ingatan kamu, adakah dia menggunakan apa-apa peralatan ketika memeriksa?

J: Ada. Beliau ada memasukkan sesuatu. Namun semasa beliau sedang memasukkan benda tersebut saya terus berterus-terang kepada beliau bahawa sebenarnya saya telah diliwat dan mahu menjalankan pemeriksaan

S: Bila kamu beritahu apa yang berlaku, apa yang doktor itu buat?

J: Doktor tersebut terus memberhentikan pemeriksaan dan menyuruh saya pakai seluar.

S: Kemudian kamu beritahu doktor ini ada memeriksa kamu. Sebelum kamu beritahu yang kamu telah diperlakukan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim ada dia beritahu apa yang dia lihat dan sebagainya atau yang dia tidak lihatkah apa dia kata hasil pemeriksaanya masa itu?

J: Semasa pemeriksaan baru dijalankan dia nak masukkan saya tak tahu apa tu saya terus berterus terang dengan beliau yang saya telah diperlakukan sedemikian. Jadi beliau terus berhenti.

S: Sebelum 28?

J: Ada

S: Oleh siapa?

J: Oleh doktor di Pusrawi, tapi itu pun tak full pemeriksaan”

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

[Ikuti laporan langsung]

Sementara itu, Bernama melaporkan pihak pembelaan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kredibiliti saksi utama dan mahukan mahkamah menilai semula kredibiliti saksi itu kerana ia menjadi perhatian utama dalam kes ini.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata ia jelas daripada keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang berbohong walaupun mahkamah mendapati beliau adalah saksi yang boleh dipercayai pada penutup kes pendakwaan.

Beliau berkata pada akhir kes pembelaan, mahkamah mestilah mempertimbangkan sama ada kes terhadap tertuduh (Anwar) itu telah dibuktikan melangkaui keraguan munasabah.

"Dalam penghujahan, pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan," kata Karpal.

Beliau memberikan hujah pada akhir kes pembelaan Anwar, 64, yang menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful, 26, di Desa Damansara Condominium di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Karpal berkata daripada keterangan saksi pembelaan, pakar bedah Ortopaedik Dr Thomas Hoogland dengan jayanya "meruntuhkan" keterangan Mohd Saiful berkaitan kemampuan tertuduh (Anwar) untuk melakukan aksi liwat seperti yang digambarkan oleh Mohd Saiful.

Beliau berkata Dr Hoogland dalam keterangannya berkata adalah tidak mungkin seorang lelaki dalam umur itu boleh melakukan aksi seks seperti yang digambarkan oleh Mohd Saiful.

"Adalah menarik bahawa Saksi Pendakwaan pertama (SP1) (Mohd Saiful) ketika disoal balas menyatakan bahawa "pada hari tersebut, beliau (Anwar) melakukannya dengan laju dan rakus," kata beliau.

Karpal berhujah bahawa keterangan Dr Hoogland, keterangan Mohd Saiful, dengan itu, dalam perkara ini SP1 tidak boleh dipercayai dan memusnahkan pertuduhan terhadap Anwar.

Beliau juga berkata keterangan mengenai tingkah laku Mohd Saiful, sebelum dan selepas dakwaaan liwat itu, tidak boleh dipercayai.

"Sukar untuk dipercayai SP1 (Mohd Saiful) yang bertindak seperti sebutir bom yang patuh dengan arahan tertuduh walaupun banyak peluang untuknya keluar dari bilik tidur itu sebelum dakwaan liwat itu dilakukan. Beliau memilih tidak berbuat demikian," kata Karpal.

Karpal berhujah bahawa tidak ada keterangan bahawa pintu ke bilik tidur itu dikunci dan Mohd Saiful boleh berlari keluar dari bilik itu ke ruang tamu.

   

Beliau juga boleh meminta tolong dan bantuan daripada penghuni yang tinggal di unit bertentangan kondominium itu dan membuat aduan kepada mereka, kata Karpal.

"Sebaliknya, beliau (Mohd Saiful) berkata beliau menerima perlawaan tertuduh (Anwar) ke ruang makan," kata Karpal.

Karpal juga berkata kredibiliti Mohd Saiful terus terhakis kerana beliau (Mohd Saiful) lambat membuat laporan yang hanya dilakukan dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku dan tidak ada penjelasan yang boleh diterima atas kelewatan itu.

Karpal juga mahu mahkamah itu menangguhkan keputusannya mengenai kes liwat Anwar bagi membolehkan Mohd Saiful dipanggil semula dan memanggil Timbalan Pendakwa raya Farah Azlina Latif, anggota pasukan pendakwaan, yang didakwa ada hubungan sulit dengan Mohd Saiful, sebagai saksi, untuk menafikan dakwaan itu dengan bersumpah.

Sambil memberikan beberapa undang-undang kes, Karpal berkata kenyataan dari kandang oleh Anwar apabila beliau dipanggil untuk membela diri, boleh diambilkira sebagai memberikan keterangan.

Penghujahan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.

 

ADS