BERITA

Mahfuz: Hasan mahu keluar PAS, silakan

Jimadie Shah Othman

Diterbitkan
Dikemaskini 15 Dis 2011, 10:37 pagi

PAS tidak pernah menghalang mana-mana pemimpinnya daripada meninggalkan parti dan menyertai Umno, termasuklah exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

NONE "Terpulangkan kepada dia," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar ( kanan ) ketika diminta mengulas desas desus bahawa Dr Hasan akan keluar parti.

Sejak beberapa tahun lalu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS

negeri sering dikaitkan dengan kumpulan yang menyokong idea kerajaan perpaduan kedua-dua parti Melayu terbesar itu.

Dr Hasan bahkan pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan Melayu-Islam, termasuk PAS dan Umno.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mahfuz berkata, PAS tidak pernah membantah mana-mana anggotanya meninggalkan parti kerana ia merupakan hak dalam negara demokrasi.

azlan Beliau bagaimapun berkata tidak pasti bahawa khabar angin itu benar ataupun tidak.

Anggota parlimen Pokok Sena itu menegaskan, PAS mampu menangani perkara itu jika berlaku kerana pernah melalui pengalaman seumpamanya sebelum ini.

"Isu keluar parti ini PAS sudah lama lalui dah. Presiden parti pun pernah keluar.

"Tetapi PAS masih terus berjalan seperti biasa," katanya merujuk kepada keluarnya presiden keempat parti Islam itu Datuk Asri Muda pada tahun 1982 akibat krisis kepimpinan.

Mahfuz juga menegaskan, PAS sentiasa bergerak sebagai sebuah organisasi dan tidak pernah bergantung kepada mana-mana individu untuk tujuan itu.

Nik Aziz: Rujuk dengan S'gor, bukan saya

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ( bawah ) berkata, isu tersebut hentaklah dirujuk kepada pesuruhjaya PAS Selangor sendiri.

azlan "Saya ditanya sebentar tadi oleh wartawan berkenaan dengan kedudukan Dato Dr Hassan Ali, exco Selangor dalam PAS.

Saya katakan, setiap negeri ada pesuruhjaya masing-masing, isu Selangor perlu dirujuk kpd pesuruhjaya PAS Selangor, bukan pesuruhjaya PAS Kelantan," kata Nik Aziz.

Selain menteri besar, Nik Aziz juga mengetuai PAS Kelantan.

Menulis dalam laman Facebook beliau, Nik Aziz berkata, selalu mursyidul am, beliau hanya akan mengulas isu melibatkan dasar parti dan bukan "isu teknikal".

"Namun, saya yakin, prbezaan yg berlaku dalam PAS tidak akan membawa kepada budaya fitnah dan mengaibkan sebagaimana parti tertentu," katanya.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.