mk-logo
Berita
Hasan: Mana bukti saya masuk jerat Umno?
Diterbitkan:  Dec 20, 2011 7:05 AM
Dikemaskini: 9:26 AM

Exco Selangor Hasan Ali hari ini mencabar setiausaha agung PAS agar mendedahkan sebarang bukti yang mengaitkannya dengan usaha melemahkan parti itu dan kini termasuk dalam "perangkap Umno."

NONE Menyifatkan kenyataan Mustafa Ali minggu lalu itu sebagai "sombong", bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata tokoh kanan PAS itu menggunakan kuasanya sebagai setiausaha agung untuk mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan dan tidak tentu arah.

Dalam sidang media di kediamannya di Kuala Lumpur, Hasan juga menggesa PAS agar mengenakan tindakan disiplin terhadap ketua penerangan PAS Selangor, Saari Sungib, yang mendedahkan beliau (Hasan) tidak cukup pencalonan untuk mempertahankan kerusinya, Gombak Setia.

Hasan turut menyifatkan pergeseran mutakhir sejak minggu lalu antara beliau dengan pemimpin parti itu berpunca daripada kenyataan Saari yang dipetik beberapa media - termasuk Malaysiakini .

[Baca berita penuh]

Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS