Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jenazah Dr Abdul Hamid selamat disemadikan
Diterbitkan:  Dec 24, 2011 4:58 PM
Dikemaskini: 9:05 AM

Jenazah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohol, Jalan Klang Lama, dekat Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang hari ini.

    

Terdahulu, jenazah dimandikan di kediamannya di Taman Tenaga, Puchong sebelum disembahyangkan di Masjid Al-Amin dengan diimamkan Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

    

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, ialah antara kenamaan dan sahabat handai yang menziarahi jenazah pagi ini.

    

Dr Mahathir yang kelihatan menahan sebak, menolak daripada ditemuramah pemberita.

    

Abdul Hamid, yang juga Penasihat Maju Holdings Sdn Bhd, meninggal dunia kira-kira 4.45 petang semalam akibat angin ahmar ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya di Maju Junction.

    

Semasa hayatnya, arwah dilantik pada 2001 sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri ketika itu iaitu Dr Mahathir dan kemudian sebagai Penasihat Agama kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2005 hingga 2009.

    

Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Jamilah Mohd Said, 68, seorang anak, Wafi Nazrin dan serta lima cucu.

    

Turut menziarahi jenazah ialah Pengerusi Permodalan Nasional Berhad Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

- Bernama

ADS