Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TPM siasat dakwaan SU sulit disogok
Diterbitkan:  Dec 27, 2011 1:06 PM
Dikemaskini: 7:11 AM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedang menyiasat dakwaan bahawa setiausaha sulitnya ada menerima sogokan.

Bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini, Muhyiddin bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu berhubung sebarang salah laku tetapi berjanji akan melihatnya secara mendalam.

"Saya hanya membacanya di blog. Saya, apa-apa pun akan teliti perkara ini.

"Kalau apa-apa pun perkara berkaitan dengan sesiapa pun, dengan jabatan saya pun, saya akan kaji," katanya.

NONE Beliau mengulas dakwaan seorang penulis blog Whistleblower 771 bahawa setiausaha sulit kanannya Mohd Shukor Abdul Manan ( kanan ) menerima lebih daripada RM100,000 sebulan.

Turut didakwa terlibat setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Husin.

Awang bagaimanapun menafikan berlakunya salah laku sebaliknya dana berkenaan untuk menggerakkan program kebajikan.

[Baca berita penuh]

ADS