Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Potong gaji RM215,000 sebulan eksekutif kanan NFC'
Diterbitkan:  Jan 16, 2012 3:41 PM
Dikemaskini: 11:56 PM

Pembekuan sementara ke atas atas aset projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah sia-sia jika ia tidak ada usaha bagi membendung gaji lumayan eksekutif atasan syarikat berkenaan, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

NONE Justeru, Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timor mencadangkan supaya gaji mereka - secara kolektif berjumlah RM215,000 dikurangkan sebanyak dua pertiga kepada kira-kira RM71,000 sebulan.

“Ini yang sekurang-kurangnya rakyat Malaysia harapkan,” kata Lim dalam satu kenyataan yang juga menamakan pengerusi, pengarah eksekutif, ketua pegawai eksekutif dan seorang lagi pengarah sebagai mereka yang harus dipotong gaji.

"Adakah ini akan dibincangkan dalam kabinet esok? Menteri mana yang akan berani membawa perkara ini pada mesyuarat jemaah menteri esok?” soalnya.

Lim mendakwa bahawa suami Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat  - Datuk Mohammad Salleh Ismail - mendapat gaji bulanan sebanyak RM100,000 sebulan sebagai pengerusi NFC.

Anak mereka Wan Shahinur Izmir, 31 pula dikatakan dibayar RM45,000 sebagai pengarah eksekutif, manakala seorang lagi anak mereka Wan Shahinur Izran, 27 pula berpendapatan RM35,000 sebagai ketua pegawai eksekutif.

Seorang lagi anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah, 25, pula dibayar RM35,000 sebulan sebagai pengarah syarikat itu.

azlan Berhubung skandal dan pendedahan demi pendedahan oleh Pakatan Rakyat, Shahrizat minggu lalu mengambil keputusan untuk bercuti selama tiga minggu, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula mengumumkan bahawa aset NFC dibekukan sementara menunggu siasatan oleh pihak berkuasa pelbagai termasuk di Suruhanjaya Malaysia Pencegah Rasuah (SPRM) dan polis.

Walau bagaimanapun, Wan Shahinur Izran, semalam mengumumkan bahawa NFC akan menjalankan "perniagaan seperti biasa" dan operasinya tidak terganggu dengan pembekuan aset berkenaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS