Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tidak mudah untuk Pakatan Rakyat melepaskan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Abdul Hadi memainkan peranan penting dalam gabungan pembangkang yang membantunya mencapai kejaan seperti sekarang.

Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan Abdul Hadi bagi menggesa veteran PAS itu terus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dalam masa segera.

Sokongan Abdul Hadi, menurut Anwar lagi, diperlukan sama seperti Pakatan memerlukan sumbangan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Dalam pilihan raya umum lalu, PKR, DAP dan PAS berjaya menawan lima negeri daripada BN, walaupun kehilangan Perak tidak lama kemudian apabila wakil rakyatnya melompat parti.

Dalam wawancara ekslusif yang disiarkan Sinar Harian semalam, Abdul Hadi menawarkan berundur berdasarkan khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai yang berhormat.

'Anak saya biar dulu'

Berikut transkrip temubual Sinar Harian  yang dipetik Harakahdaily daripada video yang dipaparkan di Facebook Abdul Hadi:

Wartawan: Jadi Datuk Seri akan tanding semulalah?

Abdul Hadi: Saya terpulang kepada parti sama ada atas mahupun bawah. Memang saya terlalu lama jadi wakil rakyat. Saya hitung-hitung kalau Dun, sudah 30 tahun lebih.

30 tahun Dun, sejak 82. Parlimen sudah belas-belas tahun. Sudah lama. Dan sebab itu, saya memberi tawaran - yang pertama, sama ada saya tak bertanding semua, saya boleh bergerak ke seluruh negara.

Yang kedua, bertanding satu sahaja. Hah itu. Itu harapan saya kepada tu lah...

Bertanding parlimen atau DUN?

Itu terpulang kepada parti menilai.

Adakah harapan Datuk Seri itu untuk memberi laluan kepada pemuda atau anak?

Anak saya biar dulu. Biar dia jadi petugas parti.

Sementara itu, jawatankuasa pusat PAS dijadual membincangkan hasrat Abdul Hadi itu dalam mesyuarat bulanannya pada 12 Februari depan.

"Berdasarkan keadaan kesihatan dan kemampuan beliau, kami merasakan suara Abdul Hadi perlu didengar di Parlimen, salah satu (kerusi untuk ditandingi) akan ditimbang," beliau dipetik sebagai berkata.

ADS