MCA dakwa DAP tabur janji 'taiko' di Perak

   

MCA menuduh Pakatan Rakyat bercita-cita untuk menubuhkan sebuah 'Kerajaan Cina' di Perak jika menang dalam pilihan raya umum akan datang.

chua soi lek 020108 "Saya mendapat maklumat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, kononnya parti pembangkang berkempen kepada masyarakat Cina di peringkat akar umbi bahawa orang Cina akan dijadikan 'taiko' sekiranya mereka memerintah Perak," kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Chua, janji-janji itu hanya helah terbaru Pakatan Rakyat yang merupakan satu pembohongan yang amat besar untuk memenangi sokongan dan menggesa masyarakat Cina tidak terpedaya.

"Ini merupakan satu pembohongan besar kerana selepas pilihan raya yang lalu, walaupun pembangkang menang, tetapi menteri besar yang dilantik bukan daripada kaum Tionghua, tetapi seseorang daripada PAS," kata Chua dipetik akhbar milik Umno itu.

Chua yang juga pengerusi MCA Perak berkata, kebanyakan masyarakat Cina tidak sedar bahawa sekiranya mengundi DAP, mereka sebenarnya hanya memberi lebih kekuatan kepada PAS dan PKR untuk mendominasi pakatan pembangkang.

"Jika dilihat pada pilihan raya umum 2008, DAP mempunyai 18 wakil rakyat sementara PAS dan PKR hanya 11 orang, tetapi yang menjadi 'taiko' di negeri ini ialah PAS, bukannya DAP,” kata Chua.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda