Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IKHLAS dakwa KM Melaka ibarat pelakon Hindustan

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah mengganggap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam seorang pelakon yang hebat dalam menyelesaikan isu 11 peniaga di Taman Mini Malaysia, Ayer Keroh.

NONE Beliau mendakwa, kerajaan negeri Melaka gagal mengotakan janji membenarkan mereka berniaga di lokasi itu ketika kerja naik taraf taman berkenaan dilaksanakan.

Malah mereka turut kecewa dengan projek yang diuruskan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) itu berikutan nilai pampasan ditawarkan yang dianggapnya tidak masuk akal.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, terbaru peniaga terbabit menerima notis arahan berpindah ke gerai sementara berhampiran Taman Lebah, pada 29 Januari lalu.

       

ali rustam "Notis arahan berpindah ini bertentangan dengan apa yang sudah dipersetujui ketika rundingan peniaga bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada November lalu.

"Lebih kurang ajar apabila ada pegawai PKNM yang cuba mengugut untuk merobohkan premis peniaga sekiranya mereka enggan berpindah," katanya pada sidang media mengenai masalah berkenaan di Taman Mini Malaysia di Melaka, hari ini.

Menurut Mohd Ridzuan, sewaktu rundingan November tahun lalu yang dipengerusikan ketua menteri, mereka arahkan pemaju berunding soal pampasan namun sehingga saat ini tidak ada seorang pun wakil tampil untuk berbincang.

Bawa ke PM

"Saya anggap sikap kerajaan negeri Melaka ini, tidak ubah seperti pelakon Hindustan dalam menyelesaikan isu ini kerana dalam perbincangan awal lain tetapi kemudiannya lain pula jadinya.

"Sekiranya masalah ini masih gagal diselesaikan, pihaknya bercadang membawa isu terbabit kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan memohon supaya pihak berkenaan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Malaysiakini sebelum ini pernah beberapa kali melaporkan tentang isu peniaga di Taman Mini Malaysia yang timbul sejak kerajaan negeri memutuskan untuk menaiktaraf pusat pelancongan itu, April lalu.

       

Projek di bawah PKNM itu pada awalnya menawarkan gerai sementara berhampiran Taman Lebah yang sudah ditamatkan operasinya dan bayaran pampasan RM500 sebulan kepada setiap peniaga bagi tempoh enam bulan, sepanjang kerja naik taraf taman.

NONE Bagaimanapun, 11 peniaga terbabit menolak tawaran itu yang dianggap mereka terlalu rendah dan langsung tidak munasabah.

       

Mereka kemudian menghantar memorandum bagi menuntut pampasan RM5,000 sebulan untuk setiap peniaga sebelum jumlah itu dikurangkan menjadi RM3,000.

Ia bagi menampung kehilangan pendapatan ketika tempoh itu selain merayu tidak dipindahkan ke gerai sementara pada April lalu.

Tak akan pindah

Sementara Pengerusi IKHLAS Negeri Melaka, Mohd Ahyad berkata, mereka tidak akan berpindah selagi tiada kata putus daripada kerajaan negeri dan PKNM berhubung hasil rundingan yang dipersetujui pada pertemuan ketiga-tiga pihak pada November lalu.

       

"Kami bukan mahu menentang kerajaan dan bukan juga berdegil kerana kami tidak pernah gagal hadir pada setiap perbincangan dan rundingan yang dilakukan pihak berkenaan sebelum ini.

"Apa yang hanya kami mahukan ialah pampasan setimpal dan tidak berpindah ke gerai sementara," katanya yang juga salah seorang peniaga di situ.

Sementara itu, peniaga, Joanne Low, 54, yang sudah berniaga di taman itu sejak 21 tahun lalu, berkata beliau berharap pihak berkenaan menunaikan janji mereka semasa rundingan November lalu dan membayar pampasan setimpal kepada peniaga.

       

"Kerajaan menyediakan bantuan khas kepada rakyat berpendapatan kurang daripada RM3,000, bagaimana mungkin PKNM boleh bercadang membayar pampasan sebanyak RM500 sebulan sahaja kepada kami? Jumlah itu terlalu rendah.

"Kami juga mempunyai banyak tanggungan lain yang perlu dibayar setiap bulan, justeru, saya berharap Ketua Menteri dapat melihat semula masalah ini dan mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.

"Mengenai gerai sementara yang ditawarkan juga tidak menepati dari segi lokasi dan saiznya berikutan kawasan berkenaan sudah jarang dikunjungi pelawat serta dikhuatiri menjejaskan perniagaan kami.

       

"Ia juga satu pembaziran kerana lebih baik perbelanjaan membina gerai berkenaan diberi dalam bentuk bayaran pampasan kepada peniaga," katanya.

ADS