Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketika banyak pihak mengkritik tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggantung lima mahasiswanya, sekumpulan aktivis mahasiswa hari ini tampil menyokong langkah tersebut.

Malah, mereka menganggap tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak mempertahankan tindakan menggunakan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta - yang mirip dengan Akta Univesiti dan Kolej Universiti - sebagai langkah tepat.

NONE "Ustaz Azizan mempunyai pemikiran yang jauh berbeza daripada ahli politik lain.

"Beliau sayangkan KUIN sendiri dan bukan lima orang mahasiswa ini yang melanggar peraturan," kata Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI), Mohd Shahar Abdullah ( atas ).

Lima mahasiswa universiti itu digantung April lalu kerana memprotes tindakan KUIN mengosongkan asrama mereka di Alor Setar. Bagaimanapun, empat daripadanya sudah tamat penggantungan itu.

Tindakan Azizan mempertahankan tindakan KUIN itu mengundang kritikan keras kumpulan mahasiswa sebelum ini, diikuti kritikan pemimpin pembangkang, aktivis peguam dan kumpulan NGO.

'Saifuddin isu kecil'

Dalam sidang media di Kuala Lumpur, Mohd Shahar juga berkata, penggunaan akta sebegitu lebih bersifat "pelindung" terhadap kehormonian kampus daripada pihak yang sering menganjurkan demonstrasi.

"Kita ucapkan syabas kepada Ustaz Azizan," katanya lagi.

Sementara itu, ASPIRASI - kumpulan yang dianggap prokerajaan - juga mengumumkan akan menganjurkan program jelajah bersama 18 lagi NGO ke ke seluruh negara, termasuk ke 25 institut pengajian tinggi, antaranya bagi menjelaskan isu-isu dunia mahasiswa.

Antara tujuannya, kata Mohd Shahar, bagi membetulkan imej terhadap golongan mahasiswa yang didakwa disalah anggap sebagai suka menganjurkan demonstrasi jalanan dan mencetuskan keadaan huru-hara.

"Kita hendak beritahu ada juga mahasiswa nak belajar. Dan kita anggap program ini sebagai 'tindakan pembetulan'," kata graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu lagi.

student handing memo to saifuddin abdullah on academic freedom Sementara itu, ditanya tentang ASPIRASI supaya Timbalan Menteri Saifuddin Abdullah ( kiri ) meletakkan jawatan kerana dikaitkan dengan aktvisisme kumpulan siswa anti- establishment , Mohd Shahar menyifatkannya sebagai isu keci.

"Itu bukan keutamaan (dalam program ini)," katanya tanpa mendedahkan jumlah kutipan tandatangan bantahan yang diperolehi mereka setakat ini.

ASPIRASI sebelum ini mengaitkan Saifuddin dengan tindakan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menurunkan bendera yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib Razak selepas menyerahkan memorandum kepadanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS