Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pakataan Rakyat di Melaka tiada sebarang bantahan berhubung projek pembinaan dan pembangunan trem Melaka yang dikatakan bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas.

NONE Bagaimanapun, kata ahli parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him ( tengah ), pembinaan tersebut perlu difikirkan semasak-masaknya dan orang ramai perlu tampil memberikan pandangan menerusi pameran awam yang diadakan.

Menurutnya, pandangan perlu berkisar mengenai adakah kemudahan itu nanti yang membabitkan kos binaan berjumlah RM272 juta benar-benar dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu-lintas di Melaka.

"Kita bimbang dengan perbelanjaan RM272 juta ini, sekiranya kemudahan ini tidak dapat sambutan sudah pasti rakyat perlu menanggung keseluruhan hutang ini.

"Ini kerana, projek tersebut dibangunkan oleh Syarikat Mrails Tram International (Melaka) Sdn Bhd dan akan dibayar balik menerusi Perbadanan Ketua Menteri dalam tempoh 20 tahun," katanya.

melaka straits of malacca 120307 recreational Jelas Sim, pihaknya juga bimbang adakah orang ramai akan berminat menggunakan kemudahan itu sedangkan punca kesesakan sebenar adalah disebabkan oleh pelancong luar ketika hujung minggu dan musim cuti umum.

"Dengan kemudahan laluan yang terlalu terhad saya tidak fikir orang ramai khusus pelancong akan menggunakan kemudahan ini.

"Ia menyediakan laluan sepanjang 20 kilometer menuju ke pusat bandar dari Tol Ayer Keroh dengan melalui 32 perhentian.

"Antara laluan trem ialah Hotel Seri Malaysia, Taman Botanikal, Zoo Melaka, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Taman Muzaffar Shah, Hospital Pantai, Dataran Pahlawan, Hospital Mahkota, Kelab Harbour, Hotel Equitorial dan Bukit Baru," katanya.

NONE Sementara itu, ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong ( kiri ) berkata, kerajaan negeri sepatutnya lebih menumpukan aspek kemudahan pengangkutan awam daripada mengeluarkan belanja besar untuk melaksanakan projek itu.

"Setakat ini, di Melaka tiada satu pun sistem penggangkutan awam yang sempurna termasuk bas dan teksi.

"Sepatutnya dengan perbelanjaan RM272 juta kita merasakan lagi wajar mereka mempertingkatkan bas awam dan teksi seperti  negara jiran, Singapura yang jauh lebih sempurna. Malah itu lebih penting daripada Trem Melaka," katanya.

Beliau berkata, di Melaka turut mengalami masalah kekurangan tempat letak kereta di kawasan-kawasan penting khusus di pusat bandar.

"Kebanyakan pengunjung luar merungut disebabkan setiap kali masuk ke bandar, tiada kemudahan tempat letak kereta dan sekiranya ada ia tidak mencukupi.

"Sebab itu langkah segera yang sepatutnya dilakukan kerajaan dengan membina tempat letak kereta bertingkat yang tidak memerlukan belanja yang tinggi," katanya.

Projek tersebut dijangka dijangka siap dalam tempoh setahun selepas projek dilaksanakan bermula April depan.

melaka monorail track 150310 tram Sekiranya siapnya nanti, sebanyak 10 trem akan beroperasi setiap hari bagi setiap 10 minit bermula pukul 5 pagi sehingga pukul 1 pagi yang dikendalikan oleh pemandu dengan sistem komunikasi tanpa wayar berkelajuan 40 hingga 60 kilometer sejam.

Setiap trem buatan China itu memiliki dua gerabak yang mampu memuatkan 120 penumpang pada satu masa dengan kelengkapan sistem pendingin udara.

Kadar tambang yang dikenakan ialah RM2 bagi satu perjalanan manakala bagi warga emas berusia 55 tahun ke atas dan murid-murid sekolah yang beruniform adalah percuma.

Majlis pecah tanah projek itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Februari tahun lalu.

ADS