Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seperti dijanjikan, sekumpulan mahasiswa mengadakan perhimpunan depan bangunan setiausaha kerajaan negeri Kedah di Alor Setar apabila menteri besar gagal memberikan respons terhadap permohonan maaf yang dituntut mereka.

kuin protest 190212 Dalam perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu, kira-kira 50 mahasiswa berkumpul sambil memegang kain rentang menuntut Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Jamil Osman dipecat.

Dalam terik matahari, mereka turut membawa potrait Jamil yang dikalungkan jambangan bunga - seperti dalam upacara kematian penganut bukan Islam.

Mereka menyalahkan Jamil ekoran penggantungan lima pelajar KUIN yang membantah pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Azizan yang juga pengerusi kolej milik kerajaan negeri itu dilaporkan mempertahankan tindakan universiti mengenakan tindakan disiplin bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta 1996 yang mirip AUKU.

[Baca berita penuh]

ADS