Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Himpunan Hijau 2.0 diadakan di luar Kuantan juga

Sekumpulan NGO sedang mengenal pasti beberapa lokasi di negeri-negeri lain bagi menyokong Himpunan Hijau 2.0 yang dijadualkan di Kuantan pada Ahad ini bagi menjadikan bantahan terhadap pembinaan pusat memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang itu acara seluruh negara.

NONE Antara tempat-tempat yang sedang dikenal-pasti bagi membantah kilang Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) itu adalah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Kota Kinabalu.

Perhimpunan di lokasi-lokasi itu akan bermula serentak pada jam 9.30 pagi bersamaan dengan Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di padang MPK1 di Kuantan. Menurut pihak penganjur, himpunan itu akan diadakan dalam suasana seperti pesta.

"Ini adalah untuk manfaat orang ramai dari negeri-negeri lain yang tidak mempunyai masa atau cara untuk datang ke Kuantan. Mereka boleh datang ke lokasi-lokasi berkenan," kata seorang ahli jawatankuasa penganjur yang enggan namanya disiarkan.

"Terpulang kepada setiap individu untuk memilih sama ada datang ke Kuantan atau mana-mana lokasi yang lain," katanya.

anti lynas shave hair event 190212 2 Kempen di seluruh negara itu adalah anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Saya Anak Bangsa Malaysia, Asalkan Bukan Umno (Umno), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pasukan Bertindak Interlok Kebangsaan Interlok dan Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan.

Sementara itu, sekumpulan penduduk Kuantan pada Ahad lalu secara beramai-ramai menggondolkan kepala mereka bagi persiapan menyertai perhimpunan Ahad depan.

Kira-kira 16 daripada mereka berkumpul di sebuah pasar di Kuantan sewal jam 8 pagi. Menurut kumpulan itu, mereka mahu kerajaan memastikan kilang memproses nadir bumi itu tidak didirikan di bumi Malaysia.

anti lynas shave hair event 190212 kid "Isu Lamps ini menjadi kebimbangan alam sekitar yang utama, jadi peserta ingin merakamkan kebimbangan dengan tindakan mencukur rambut mereka," kata penganjurnya, Winson Ooi.

Antara mereka yang membotakkan kepala adalah seorang budak lelaki berusia dua tahun.

Pengkritik loji kontroversi itu bimbang, kilang yang akan memulakan operasinya lewat tahun ini, akan menghasilkan pencemaran radiasi dan mungkin menimbulkan masalah kesihatan kepada penduduk sekitar.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS