BERITA

Muhkriz: Firma M'sia boleh urus niaga dengan Israel

Diterbitkan
Dikemaskini 21 Feb 2012, 9:43 pagi

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir mengulangi kenyataan bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.

NONE Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.

Mukhriz mengulas dakwaan NGO yang mesra dengan PKR, Jingga 13 bahawa kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang dikatakan dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.

Semalam, NGO itu mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, bagi membuktikan kapal, Zim Atlantic, yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel.

Mukhriz berkata, pembangkang telah cuba memanipulasikan isu berkenaan bagi mewujudkan salah faham hakikat bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

NONE "Tiada hubungan diplomatik bermakna tiada interaksi antara kedua-dua kerajaan. Perdagangan yang wujud adalah urusan pihak  swasta dari kedua-dua negara dan kerajaan Malaysia tidak menghalangnyangnya," katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Sinar Harian , semalam.

Kenyataan wakil Barisan Nasional (BN) yang selalu menyebut tiada hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Israel sengaja diputarbelitkan oleh Pakatan Rakyat," tambahnya.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.