Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ABAI - Asalkan Bukan Anwar Ibrahim pula muncul
Diterbitkan:  Feb 21, 2012 4:03 PM
Dikemaskini: 10:15 AM

Selepas grafiti Asalkan Bukan Umno (ABU) menjadi popular dan diangkat sebagai kempen oleh kumpulan NGO, kini muncul pula contengan "Asal Bukan Anwar Ibrahim" atau ABAI.

Dalam insiden yang dikesan kelmarin, contengan yang dianggap sebagai vandalisme itu dikesan di pusat khidmat DAP DUN Ayer Keroh di Melaka, lapor blog pemimpin PAS negeri.

Berdasarkan gambar yang dikirim kepada Malaysiakini , kelihatan tulisan bersaiz besar berwarna merah dan hitam itu disembur, dipercayai menggunakan penyembur aerosol.

NONE Pengerusi DAP Melaka Goh Leong San ( gambar kanan, berbaju putih ) dilapor menyifatkan perbuatan vandalisme itu mencabar rakyat Melaka dan Pakatan Rakyat.

"Mereka cuba mengelirukan rakyat dan cuba memberi gambaran tidak baik kepada pemimpin Pakatan Rakyat, perbuatan ini bukan suatu perbuatan yang sihat dan ia hanya untuk membuat kacau," ujar Goh yang juga ADUN Kesidang, tanpa menyebut secara langsung pihak yang dimaksudkan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan PAS Melaka Yusof Wahab berkata perbuatan tersebut amat tidak bertanggungjawab dan bukan tindakan bijak dan profesional.

NONE "Ia merupakan budaya yang tidak baik dan pengecut kerana merosakkan harta orang lain dengan perkataan-perkataan berunsur politik murahan.

"Tindakan ini juga sebenarnya adalah tindakan pengecut dan khianat, mereka cuba mengulangi era 60-an di zaman pemuda tahan lasak dahulu," Yusof dipetik sebagai berkata.

Penubuhan ABU - gabungan aktivis, NGO, kumpulan masyarakat sivil dan parti politik - diumumkan pada 9 Disember lalu bertujuan menumbangkan Umno daripada pentadbiran negara datang pilihan raya umum akan datang.

Pergerakan itu berkata, walaupun ia mendapat sokongan parti-parti politik, ia akan kekal sebagai gerakan rakyat untuk mengembalikan hak dan kekayaan negara.

ADS