Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Phahrolrazi, Ismail tak angkat sumpah exco
Diterbitkan:  Feb 28, 2012 11:19 AM
Dikemaskini: 4:56 AM

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan lapan anggota exco kerajaan negeri hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di Alor Setar.

NONE Lapan exco itu ialah Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib, Lim Soo Nee, Abd Ghani Ahmad, Tan Joon Long @ Tan Chow Kang, Datuk Siti Ashah Ghazali dan S Manikumar, yang masing-masing menerima tawaran pelantikan semula.

Menurut Bernama , dua exco sedia ada yang tidak termasuk dalam senarai mengangkat sumpah sumpah hari ini ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi ( bawah, kanan ) dan Datuk Dr Ismail Salleh.

NONE Sebelum ini, kedua-dua mereka sudah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu.

Azizan sebelum ini mengumumkan hanya lapan exco akan mengangkat sumpah jawatan bagi sesi 2012 walaupun lazimnya EXCO kerajaan negeri dibarisi 10 anggota.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah tiga lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.

Kedah adalah satu-satunya negeri dengan jawatan pengerusi jawatankuasa peringkat negeri (exco) perlu diperbaharui setiap tahun.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang akhbarnya berkata Jawatankuasa PAS Pusat mahu semua 10 ahli exco kerajaan negeri Kedah dikekalkan.

NONE Malah, PAS Pusat juga mengarahkan naib presidennya, Salahuddin Ayub ke Kedah sebagai perantara bagi membantu menyelesaikan kemelut yang melanda Azizan dan dua exco tersebut.

Beliau turut menafikan berlaku cubaan menggulingkan Menteri Besar, namun tidak menolak berlaku perbezaan pendapat bagi menangani isu-isu tertentu dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah dan diburukkan lagi dengan media arus perdana, milik BN dan Umno yang cuba melaga-lagakan mereka.

ADS