BERITA

'MAS terbang dengan asap, bukan bahan api'

Lim Guan Eng

Diterbitkan
Dikemaskini 1 Mac 2012, 11:04 tengahari

Kerugian mengejutkan RM2.52 bilion Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk tahun 2011 peringatan jelas bahawa pengurusan dan model bisnes yang gagal mengakibatkan krisis dalam syarikat penerbangan yang pernah menjadi kebanggaan ramai.

Simpanan tunainya juga sudah hampir kehausan.

Sebenarnya, MAS mula menjunam sejak Datuk Seri Idris Jala ( bawah ) dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2009.

ACCIM seminar on ETP Idris Jala (centre) Keuntungan bersihnya merudum dari tahun ke tahun. Keuntungan RM490 juta pada tahun 2009 diikuti oleh keuntungan RM234 juta pada 2010 dan kemudiannya kerugian sebanyak RM2.52 bilion untuk tahun 2011.

Kerugian yang dialami ini jauh berbeza dengan prestasi beberapa tahun lalu apabila Idris dilantik untuk memulihkan MAS sebagai CEO.

Beliau dilantik pada tahun 2005 dan berjaya mencatatkan keuntungan RM850 juta pada tahun 2007 berbanding kerugian RM1.3 bilion dua tahun sebelum itu.

Idris memulihkan MAS tetapi semua usahanya sia-sia sekarang. Adakah kita memerlukan Idris untuk kembali menerajui kokpit MAS untuk menyelamatkannya?

Penswastaan sebagai ' piratisation'

Di samping kerugian teruk itu, simpanan tunai MAS 'diseparuhkan' kepada RM1 bilion pada akhir tahun lepas daripada RM2.1 bilion pada akhir tahun 2010. Sementara aset bersih menurun daripada RM3.5 bilion kepada RM1.1 bilion.

Dalam kata lain, MAS tidak lagi terbang dengan bahan api tetapi hanya terbang dengan asap. Inilah pewarisan ' piratisation' atau perompakan yang menyamar sebagai penswastaan dan kemudian pengambilalihan semula kerajaan secara tidak keruan.

klia airport 141105 mas aircraft at the terminal Malah tindakan kerajaan persekutuan menyelamatkan MAS pada 2001 dengan membayar dua kali ganda harga pasaran tidak dapat membantu.

Kerajaan persekutuan membayar RM1.8 bilion ataupun RM8 setiap saham kepada Tan Sri Tajudin Ramli walaupun harga pasaran pada masa itu hanya RM3.68 setiap saham.

MAS tidak boleh menyalahkan keadaan ekonomi global yang kurang sihat kerana Singapore Airlines mencatatkan keuntungan pada tahun lepas. Malah, kita tidak perlu pergi jauh kerana syarikat penerbangan bajet tempatan AirAsia pun mengalahkan MAS.

Kita hanya perlu melihat permodalan pasaran AirAsia yang bernilai RM10.1 bilion, berbanding MAS yang hanya bernilai RM4.8 bilion.

Meskipun AirAsia hanya berumur satu dekad dan jauh lebih kecil dari segi operasi, ia bernilai lebih dua kali ganda dalam permodalan pasaran.

Isu-isu fundamental

Tentunya terdapat masalah apabila syarikat penerbangan bajet yang mengenakan caj yang lebih rendah lebih berjaya dan untung berbanding syarikat penerbangan yang mengenakan caj yang tinggi.

azlan Daya maju syarikat penerbangan kebangsaan kita akan terus dipersoalkan melainkan isu-isu fundamental diselesaikan. Adakah ia  masalah model bisnes atau pengurusan yang gagal, ataupun kedua-duanya?

Jelas bahawa cara mengelakkan aset kebangsaan kita daripada terhempas adalah dengan menggunakan model bisnes baru berdasarkan prinsip Cekap, Bertanggungjawab dan Telus (CAT) yang membawa kejayaan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kita berjaya meyakinkan dan menarik pelabur dan menjadi destinasi pelaburan pembuatan nombor satu di Malaysia untuk dua tahun berturut-turut pada tahun 2010 dan 2011.

Pulau Pinang juga mencatatkan lebihan bajet pada setiap tahun sejak 2008 dan mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak 95 peratus, daripada RM630 juta kepada RM30 juta.

mas dap bbc 231205 mas building Model bisnes yang digunakan MAS jelas gagal. Sekiranya MAS menggunakan kaedah perancangan pusat dan membenarkan campur tangan politik yang boleh membiakkan rasuah dan ketidakcekapan, syarikat penerbangan kebangsaan kita akan gagal.

Akhirnya, soalan yang ingin ditanya oleh rakyat Malaysia, siapakah yang akan bertanggungjawab untuk kerugian besar ini? Sudah tentu kerugian RM2.52 bilion oleh syarikat penerbangan kebangsaan kita ini tidak boleh diterima semua.

Terutamanya apabila sebab utamanya bertujuan menyelamatkannya daripada masalah salah urus dan model bisnes yang lemah.

Kerajaan mestilah mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab atas kerugian besar ini dan mengambil tindakan kerana itulah yang diharapkan oleh rakyat Malaysia.


NONE P enulis adalah ketua menteri Pulau Pinang, a hli parlimen Bagan dan setiausaha agung DAP. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan