mk-logo
Berita
Muhyiddin: Projek lebuhraya RM2.2b diberi atas merit
Diterbitkan:  Mar 8, 2012 5:50 AM
Dikemaskini: 11:57 PM

Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion yang dianugerahkan kepada seorang peguam Umno adalah "berdasarkan merit", kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

NONE "Ia berdasarkan penilaian yang sewajarnya berdasarkan kertas kerja yang dibuat oleh syarikat itu kepada kerajaan dan agensi berkaitan seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan ia memenuhi penilaian," kata Muhyiddin ketika ditanya wartawan selepas perasmian MyKomuter di Stesen Sentul, Kuala Lumpur.

Projek berkenaan diberikan kepada Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang mana penasihat undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun ( atas, kanan )adalah seorang pengarah dalam kedua-dua syarikat berkenaan.

muhyiddin yasin Menurut Muhyiddin ( kiri ), seperti syarikat konsesi lain yang dianugerahkan projek oleh kerajaan, projek pembinaan lebuhraya itu juga tiada bezanya.

“Saya fikir ia berdasarkan merit. Saya tidak fikir kita perlu menafikan peluang mana-mana pihak jika mereka boleh menyumbang kepada penambahbaikan sistem pengangkutan,” katanya. 

Sebelum ini, penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendakwa kerajaan persekutuan mengamalkan kronisme dalam penganugerahan projek itu dan dipercayai projek Lebuhraya Kinrara-Damansara itu adalah sebagai habuan atau ganjaran kerana peranannya membantu BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat.

Namun Hafarizam ketika dihubungi Malaysiakini pada 21 Februari lalu berkata bahawa kedua-dua syarikat itu menghadapi "persaingan sengit" semasa proses tender.

zaki azmi interview 140911 Katanya, pengalaman mereka menyiapkan projek landasan berkembar keretapi dari Rawang ke Ipoh sepanjang 179 kilometer diambil kira dan mereka menang atas merit.

Raja Petra berkata Hafarizam adalah ahli lembaga pengarah di kedua-dua syarikat - Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang mendapat konsesi lebuh raya itu.

Selain penasihat undang-undang Umno itu, Raja Petra juga mendedahkan bahawa seorang lagi pengarah Emrail adalah Nik Sazlina Mohd Zain, isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi ( kanan ).

[Baca berita penuh]

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini