BERITA

Anak Taib tawar penyelesaian luar mahkamah

Aidila Razak

Diterbitkan
Dikemaskini 13 Mac 2012, 9:48 pagi

Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, hari ini bersetuju menawarkan penyelesaian luar mahkamah kepada bekas isterinya Shahnaz A Majid berhubung tuntutan harta sepencarian.

Ia sehari selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengarahkan timbalan pengerusi Cahaya Mata Sarawak itu mengisytiharkan harta beliau.

NONE "Kami mencapai persetujuan untuk membuat tawaran dalam tempoh 14 hari untuk menyelesaikan semua kes-kes yang tertunggak," kata peguam Mahmud Abu Bekir Zainul Rijal Abu Bakar.

Mahmud Abu Bekir, yang juga diwakili oleh peguam Saadiah Din, akan membuat tawaran dalam tempoh 14 hari.

Hakim Mohamad Abdullah menangguhkan perbicaraan Mei 23, sementara menunggu hasil rundingan penyelesaian.

Mahmud Abu Bekir, dilihat tersenyum di mahkamah hari ini. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Shahnaz selama 19 tahun sebelum perceraian itu direkodkan pada 11 Mei, 2011.

Mereka mempunyai seorang anak lelaki, yang dilahirkan pada bulan Disember 2003.

Dalam tuntutan penceraiannya sebelum ini, Shahnaz telah dituntut aset dan mutaah berjumlah RM400 juta.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan