Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Copgate': Tak perlu siasatan baru, kata Hisham

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memang telah menerima surat dari peguam bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff pada tahun 2007, tetapi tidak ada sebab bagi kementerian untuk menyiasat kes 'Copgate' sekarang.

NONE Menjawab soalan pemberita sama ada KDN akan membuka fail bagi

kes tersebut kerana bukti yang diminta kementerian berkenaan sudahpun dikemukakan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) berkata kementerian telahpun melakukan apa yang diperlukan.

Beliau merujuk kepada laporan Malaysiakini hari ini bahawa sepucuk surat yang berperincikan tindakan Pejabat Peguam Negara dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang membawa kepada pendedahan identiti pemberi maklumat polis yang membantu dalam penangkapan penjenayah dari Johor Goh Cheng Poh aka Tengku Goh, telah dihantar oleh peguam Ramli pada 17 September 2007, kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Johari Baharom.

Hishammuddin berkata perkara itu bukanlah sesuatu yang baru serta fail telah pun dibuka bagi kes tersebut.

Bercakap dalam  satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Hishammuddin berkata, beliau perlu melihat sama ada terdapat apa-apa fakta baru.

Katanya, kalau sekiranya apa yang dibangkitkan kali ini sama dengan apa yang dibangkit dahulu, dan ketika itu tiada tindakan diambil, dan tiada perkara baru dibangkitkan kali ini, "apa sebabnya patut saya mengambil tindakan yang berbeza daripada tindakan yang diambil dahulu."

ramli yusuff asset declare case 120310 04 Malaysiakini melaporkan Ahad lalu bahawa pemberi maklumat polis didakwa dipaksa untuk membabitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes tersebut - salah seorang daripada mereka adalah Ramli (kiri).

 

Ia juga mendakwa bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Musa Hassan dan 'Tengku Goh' bersekongkol di sebalik tindakan tersebut.

Gani didakwa menggunakan BPR untuk mendapat akses kepada fail-fail sulit mengenai pemberi maklumat, memburu mereka dan memaksa mereka menukar kenyataan untuk membabitkan para pegawai polis berkenaan dengan memalsukan keterangan.

Selepas pemberi maklumat mengubah kenyataan mereka, 'Tengku Goh' dibebaskan daripada perintah kediaman terhad di Kelantan dan dibenarkan pulang ke Johor.

Kesemua pegawai polis terbabit akhirnya dibebaskan, yang terakhir pada pertengahan tahun 2011.

Isnin lalu, Hishammuddin meminta bukti dakwaan pakatan sulit tersebut apabila diminta mengulas mengenai kes 'Copgate'.

"Buktikan, buktikan. Kalau mereka kemukakan buktikan, kita boleh ambil tindakan," katanya.

[Baca berita penuh]

VIDEO | 1.16 minit

ADS