Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi amaran sekiranya BN gagal mendapat majoriti yang selesa pada pilihan raya umum akan datang dan tidak ada parti yang mendapat majoriti yang jelas, maka ini akan membawa  ketidaktentuan politik kepada negara.

Justeru, katanya, adalah penting bagi BN memperoleh majoriti dua pertiga, kerana negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.

Namun, pada masa yang sama perdana menteri mengakui dalam senario politik semasa, kemenangan majoriti dua pertiga kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini.

foreign correspondents club fcc 190312 "Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat," katanya, sambil menambah kata ia adalah sesuatu yang perlu dihadapi.

"Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh," katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur, malam semalam.

Najib walau bagaimanapun mengakui tugas mendapatkan majoriti dua pertiga bukan sesuatu yang mudah.

“Turun padang akan diteruskan. Tetapi, keadaan semasa memang mencabar. Rakyat makin berpendidikan dan dengan limpahan teknologi baharu. Inilah cabaran masa kini.

“Namun, kalau pilihan raya menghasilkan keputusan yang lemah, ia akan memberi kesan kepada negara,” katanya.

[Baca berita penuh]

Pada sessi soalan, selepas pelancaran itu, Bernama melaporkan Najib juga ditanya mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 akan diadakan.

Beliau walau bagaimanapun, terus berahsia dengan meminta semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat.

foreign correspondents club fcc 190312 Perdana Menteri berkata melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.

"Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu. Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu," katanya.

Menurut Najib, beliau sedar bahawa sesetengah agensi berita asing meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun.

        

Menjawab satu pertanyaan lain, Najib berkata dasar kerajaan kini adalah lebih terangkum dan adil kerana kekayaan negara perlu diagihkan bukan sahaja dalam kalangan rakyat bumiputera tetapi juga kaum-kaum minoriti.

Mengenai lawatannya ke Myanmar pada 26 Mac, Perdana Menteri berkata lawatan itu akan merapatkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS