Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Satu usul dibentangkan di Dewan Rakyat bagi menubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk mengkaji kebimbangan orang ramai mengenai isu kesihatan dan keselamatan berhubung pembinaan sebuah loji penapisan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

Loji bernilai RM2.5 bilion milik Lynas Advanced Material Plant dari Australia itu diangka akan beroperasi pada suku ketiga  akhir tahun ini.

 

NONE Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz,, PSC akan mengkaji piawaian keselamatan projek berkenaan.

Ini adalah kerana pengkritik projek itu, kuathir kemungkinan berlakunya pencemaran radioaktif hasil sisa perlupusan bahan nadir bumi itu bukan sahaja terhadap orang ramai tetapi juga kesannya kepada alam sekitar.

Nazri berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dan dianggotai lapan ahli-ahli parlimen lain. Empat daripada mereka adalah ahli parlimen BN, tiga dari Pakatan Rakyat dan satu ahli parlimen Bebas.

Mereka diberi tempoh tiga bulan untuk mengkaji maklum balas orang ramai mengenai projek itu dan mengemukakan cadangan kepada Dewan Rakyat untuk perbahasan.

[Baca berita penuh]

ADS