Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Semua tahanan akta ISA sama ada yang baru atau lama sentiasa terus dipantau pihak polis, termasuk Yazid Sufaat yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan milita antarabangsa al-Qaeda.

NONE Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, pihak polis melakukannya secara keseluruhan dan mempunyai mekanisme menangani aktiviti keganasan sekiranya berlaku.

"Isnya-Allah saya hendak maklumkan keadaan agak terkawal dan saya memberi akuan di sini, jaminan bahawa memang kita tidak menghadapi kesukaran untuk menghadapi masalah ini dengan kepakaran yang ada (daripada) dalaman," katanya.

Dalam masa yang sama, kata Ismail, di menggunakan pasukan risikan yang cukup bagi tujuan itu, mereka juga sentiasa bekerjasama dengan polis antarabangsa bagi menangani gejala itu.

Yazid - yang pernah digelar "salah seorang pengganas paling berbahaya di Asia" -- dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini antaranya berpendapat, militan sebenarnya melakukan kerja " pemasaran " apabila jumlah yang memeluk Islam semakin ramai.

Pakar biokimia itu juga mengakui bahawa pernah bertemu dengan pemimpin utama al-Qaeda Osama bin Laden ketika berada di Afghanistan, antara tahun 2000 higga 2001 dan menganggapnya sebagai penghormatan.

NONE Sementara itu, berhubung mekanisme kawasan keselamatan selepas ISA dimansuhkan tidak lama lagi, Ismail berkata pihaknya masih menunggu penggubalan undang-undang baru bagi menggantikannya.

"Saya percaya... saya memang terlibat dengan perbincangan dengan AG (peguam negara) bagi menentukan kita ada mekanisme untuk menghadapi (masalah keselamatan dengan) undang-undang (baru) tersebut.

Selepas tujuh tahun ditahan, Yazid dan lebih sepuluh anggota kumpulan radikal dibebaskan daripada Kamunting pada penghujung tahun 2008 selepas didapati tidak lagi menimbulkan ancaman keselamatan.

Nama Yazid muncul sewaktu perbicaraan Zacarias Moussaoui, warga Perancis yang didapati bersalah berkonspirasi dalam pengeboman WTC pada 2001 atau lebih popular dengan insiden '11 September' atau '911'.

ADS