Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TPM: Ada kumpulan halang kemajuan Felda
Diterbitkan:  Apr 1, 2012 5:50 PM
Dikemaskini: 12:47 PM

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin – dalam satu kenyataan yang dipercayai ditujukan kepada PAS – berkata satu kumpulan tertentu kini kembali untuk menghalang kemajuan Felda.

Katanya, perkara itu dapat dilihat apabila satu kumpulan tertentu mendakwa Felda cuba menipu peserta skimnya apabila kerajaan Perikatan memperkenalkan Akta Penempatan Berkelompok 1960.

Bercakap di satu karnival Felda di Kuala Lumpur petang ini, Muhyiddin berkata kumpulan itu juga telah membantah usaha Felda untuk menghentikan pengambilan peserta baru pada 1990.

Bantahan itu dilakukan apabila skim tersebut berjaya mengeluarkan anggota masyarakat tersebut daripada kemiskinan, kata Muhyiddin lagi di program yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu.

Kumpulan yang sama kini membantah usaha kerajaan untuk menyenaraikan anak syarikat Felda – Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia, kata Muhyiddin.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang digerakkan oleh pengerusi Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman, merupakan kumpulan yang paling lantang menentang usaha itu.

Di bawah rancangan penyenaraian itu, FGVH yang menguasai 49 peratus saham dalam Felda Holdings akan membeli baki 51 peratus saham syarikat berkenaan yang kini dimiliki peserta tersebut melalui Koperasi Permodalan Felda.

Sebagai tukaran, peserta berkanan akan menjadi pemegang saham terbesar di dalam FGVH dengan pegangan 37 peratus dan juga satu bayaran durian runtuh.

Bagaimanapun, hak pemegang saham berkenaan dalam FGVH akan dikawal melalui satu syarikat baru – Felda Asset Holdings Company.

Selain itu, Mazlan juga mendakwa bahawa FGVH telah mencatat kerugian dalam perniagaan seberang lautnya sebelumnya dan langkah itu akan merugikan peneroka.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang menyatakan bahawa FGVH telah mencatak keuntungan sebelum cukai berjumlah RM203 juta pada 2009 dan RM366 juta pada 2010.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengulas dakwaan bahawa peneroka berkenaan akan kehilangan tanah mereka melalui rancangan itu.

Katanya, rancangan itu hanya melibatkan tanah kerajaan negeri yang telah diberikan kebenarany untuk dibangunkan oleh kerajaan persekutuan melalui skim Felda, kata Muhyiddin.

ADS