BERITA

Ibrahim Ali: Mansuh PTPTN negara muflis

Diterbitkan
Dikemaskini 7 Apr 2012, 10:06 pagi

Tindakan penuntut institut pengajian tinggi mendesak kerajaan menghapuskan pinjaman di bawah skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak masuk akal dan merupakan agenda politik parti pembangkang untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya umum Ke-13 (PRU-13).

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata walaupun pembangkang berjanji untuk menghapuskan PTPTN, namun ia tidak mungkin dapat dilaksanakan di negara ini.

Ini kerana, ia mengundang kepada banyak masalah, terutama menjejaskan sistem pendidikan negara dan boleh menyebabkan negara menjadi muflis.

NONE "Isu itu sengaja ditimbulkan oleh parti pembangkang sebagai agenda politik menjelang pilihan raya umum ke-13)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Hamid (I) di Pasir Mas, hari ini.

Sempena majlis itu, Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas turut menyampaikan sumbangan buku akaun Lembaga Tabung Haji kepada murid sekolah itu.

Beliau mengulas mengenai cadangan penuntut institusi pendidikan tinggi untuk mengadakan tunjuk perasaan di Dataran Merdeka bagi menghapuskan PTPTN pada 14 April ini.

Ibrahim berkata usaha kerajaan melaksanakan skim PTPTN dapat mewujudkan suasana persaingan pelajar di institusi pendidikan tinggi awam dan swasta dan sekali gus meningkatkan mutu pendidikan negara ke arah melahirkan modal insan berpengetahuan tinggi.

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.