BERITA

Menteri: Hati-hati dakwaan serangan di Dataran

Aidila Razak

Diterbitkan
Dikemaskini 19 Apr 2012, 9:17 pagi

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyeru orang ramai supaya berhati-hati dengan dakwaan bahawa pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka diserang.

NONE Tanpa mengutuk serangan tersebut, Hishammuddin berkata dakwaan itu boleh disebarkan melalui sistem SMS dan media dalam talian untuk membangkitkan kemarahan masyarakat umum.

Katanya dakwaan seperti itu juga pernah digunakan sebelum ini untuk mebangkitkan emosi orang ramai dalam isu perkauman, agama dan kini melibatkan pelajar.

Beliau juga menasihati anggota masyarakat supaya tidak bertindak balas dan membezakan di antara dakwaan betul dan palsu.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Hishammuddin turut menyarankan supaya kes tersebut disiasat oleh agensi terbabit.

Beliau mengulas insiden melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di satu sudut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Seorang daripada pelajar berkenaan dibawa ke hospital ekoran kecederaan yang dialami akibat serangan tersebut.

[Baca berita penuh]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.