Malaysiakini BERITA

Wartawan dakwa dipukul polis, Najib minta maaf

Aidila Razak  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Wartawan akhbar The Sun , Radzi Razak yang mendakwa dipukul sehingga tujuh orang anggota polis hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

radzi razak najib 290412 Menurut Radzi, Najib telah meminta maaf kepadanya atas insiden tersebut.

Najib dilihat berbisik kepada Radzi ketika melawat wartawan tersebut di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Radzi ketika ditemui mendakwa beliau dipukul oleh tujuh anggota berkenaan ketika berada di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Razak dalam insiden semalam.

Turut mengunjungi Radzi hari ini ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

[Baca berita penuh]


Anda mempunyai rakaman video atau gambar yang menunjukkan kekasaran polis ke atas peserta perhimpunan BERSIH 3.0? Anda boleh membantu kami berkongsi rakaman berkenaan dengan pembaca Malaysiakini. Hubungi kami: [email protected]