Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan presiden PKR Azmin Ali menafikan dakwaan bahawa beliau berhubung melalui isyarat dengan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memecahkan sekatan kawat duri polis di Dataran Merdeka.

Azmin berkata, isyarat berkenaan sebaliknya untuk menunjukkan bahawa beliau mahu berunding dengan polis untuk memberi masa kepada peserta BERSIH 3.0 bersurai.

Katanya, beliau melihat Anwar memberi isyarat kepadanya untuk berunding dengan polis dan beliau membalas isyarat berkenaan untuk menyatakan bahawa beliau telah berunding.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS