Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahli mahu saman Majlis Peguam
Diterbitkan:  May 13, 2012 3:01 AM
Dikemaskini: 6:17 AM

Seorang ahli Majlis Peguam akan memfailkan saman ke atas badan itu ekoran resolusi mesyuarat agungnya Jumaat lalu yang mengecam tindakan polis dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Peguam tersebut, Khairul Azam Abdul Aziz berkata beliau akan memfailkan saman itu atas dakwaan bahawa keputusan mesyuarat berkenaan dibuat tanpa kuorum penuh, lapor Mingguan Malaysia hari ini.

"Saya meragui perjalanan mesyuarat itu mengikut peruntukan Seksyen 65 (4A) Akta Profesion Undang-undang 1976 iaitu berkaitan korum.

"Apatah lagi apabila proses pengundian meluluskan resolusi, mereka yang bukan peguam turut mengangkat tangan menyokong," katanya yang mendakwa terdapat "pengundi hantu" ketika pengundian tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, akhbar berkenaan turut melaporkan bahawa kerajaan bersetuju dengan cadangan untuk membentuk satu badan alternatif untuk mewakil golongan peguam.

Laporan berkenaan memetik kenyataan menteri hal ehwal undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai berkata, badan baru itu boleh dibentuk dengan nama persatuan atau akademi undang-undang.

Badan baru itu boleh dianggotai oleh lulusan undang-undang yang bukan merupakan pengamal undang-undang, katanya.

"Kalau (mahu) ada satu persatuan dan agensi lain yang (boleh) dibentuk untuk mewakili mereka yang berkelulusan undang-undang mesti tahu, Majlis Peguam hanya mewakili mereka yang praktis undang-undang dan berdaftar dengan majlis itu sahaja.

"Tapi ada juga yang lulusan undang-undang jadi pensyarah namun tidak menjadi anggota majlis yang berkenaan. Ada lulusan undang-undang yang bekerja di bank dan sektor korporat.

Beliau mengulas kenyataan seorang ahli Majlis Peguam, Abu Backer Sidek yang mendakwa badan berkenaan gagal dipertahan sebagai badan profesional dan berintegriti.

ADS