mk-logo
Berita
Pengalaman ngeri lintah masuk dalam dubur
Diterbitkan:  May 13, 2012 11:34 AM
Dikemaskini: 11:35 AM

Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Ketereh, di Kota Bharu melalui pengalaman yang mengerikan apabila seekor lintah sebesar ibu jari orang dewasa, masuk ke dalam duburnya ketika menangkap ikan di sebuah paya berdekatan rumahnya.

Mohd Farhan Adli Mohd Alpatah, 7, yang berasal daripada Kampung Paya Rambai itu, berkata dia hanya menyedari kehadiran lintah tersebut selepas mengalami pendarahan di duburnya.

"Saya masuk hospital semalam selepas tengok dubur berdarah ketika nak buang air besar dan beritahu keluarga mengenai perkara itu sebelum mendapatkan rawatan di hospital (Raja Perempuan Zainab II).

"Sebelum ini, saya dan tiga orang rakan pergi ke sebuah paya berdekatan rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menerima kunjungan  isteri kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmed Meah di sini, hari ini.

Kanak-kanak itu dijangka keluar daripada hospital dalam tempoh sehari dua lagi setelah lintah itu berjaya dikeluarkan.

- Bernama

Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS