mk-logo
Berita
Ibrahim: Anwar guna isu Mohd Yusof demi politik

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata beliau menjangkakan bahawa isu bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah hari ini akan digunakan untuk kepentingan politik ketua pembangkang itu.

NONE "Anwar dia memang political animal . Dia nampak kawan ini dah berhenti dan buka firma undang-undang, jadi dia upah kawan ini dan hendak beritahu orang ramai yang 'dia ini dahulu dakwa saya dan sekarang bela saya.'

"Ini akan jadi isu politik," kata Ibrahim yang berpendapat bahawa Mohd Yusof menyedia khidmat guaman kepada Anwar itu kerana diupah untuk berbuat demikian.

"Tetapi kepada individu ini (Mohd Yusof), beliau hanya memberikan khidmatnya kerana beliau dibayar.

"Bagi saya tidak ada apa-apa yang menarik di sini. Dulu dia berkhidmat dengan kerajaan dan sekarang dia sudah bersara. Sebagai seorang peguam jika ada orang menawarkan bayaran yang bagus pastinya mereka akan mempertahankan individu tersebut," kata MP Pasir Mas itu lagi.

Pendapat Ibrahim turut dikongsi seorang lagi ahli dewan tertinggi PERKASA, Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah yang berpendapat perkembangan terbaru kes itu tidak membuktikan bahawa Anwar tidak bersalah.

Sebaliknya, ia adalah bukti kebebasan sistem kehakiman Malaysia yang adil dan saksama.

NONE "Kita kena faham sistem keadilan ini. Kalau kita lihat secara bijaksana, ia bermakna kita menghormati kedaulatan undang-undang dalam sistem pemerintahan kita.

"Kita tidak wajar melihat perkara ini sebagai bukti politik yang berat sebelah. Kita patut lihatnya sebagai kematangan politik," katanya.

Mohd Yusof (kanan) hari ini mewakil Anwar yang didakwa mengikut mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0

Tindakannya itu menimbulkan kejutan buat banyak pihak kerana sebelum ini beliau adalah ketua pasukan pendakwa raya dalam kes Liwat II dan turut terlibat dalam kes liwat tahun 1998.

Beliau bersara secara rasmi dari perkhidmatan awam pada bulan Februari lalu selepas perbicaraan Liwat II berakhir dan mahkamah membebaskan Anwar.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS