Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KJ: Tiada arahan ganggu ceramah pembangkang
Diterbitkan:  May 25, 2012 5:03 AM
Dikemaskini: 7:08 AM

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menafikan Barisan Nasional (BN) mengeluarkan arahan mengganggu program ceramah pembangkang.

Mengutuk kejadian yang menyaksikan batu dan botol air dilemparkan ke atas hadirin satu ceramah pembangkang, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, menggesa supaya perbuatan itu dihentikan.

"Keganasan tidak ada tempat dalam politik Malaysia," katanya sambil menegaskan tidak ada arahan seumpama itu (mengganggu ceramah pembangkang).

Khairy menegaskan demikian ketika ditanya sama ada terdapat arahan yang dikeluarkan oleh parti itu untuk mengganggu program ceramah pembangkang.

Beliau juga berkata, pihak polis tidak sepatutnya membenarkan ceramah dua parti lawan diadakan di tempat berhampiran dan juga mesti memastikan keselamatan ahli politik dan para hadirin, tanpa mengira parti mereka.

Ceramah ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi menyaksikan  batu, botol air dan telur dilemparkan ke atas hadirin, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepala, manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun cedera di pergelangan tangannya.

[Baca berita penuh]