Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu boikot Gardenia, penjelasan Teresa Kok
Diterbitkan:  May 25, 2012 5:18 AM
Dikemaskini: 5:34 AM

Lawatan saya ke kilang baru Gardenia serta penjelasan saya mengenai pegangan sahamnya telah menyinggung perasaan sesetengah pihak.

Jjusteru itu sesetengah pihak mengkritik bahawa saya menyokong syarikat yang mempunyai milikan 30 peratus oleh BERNAS.

NONE Tujuan saya melawat kilang baru Gardenia di Shah Alam untuk merasmikan kilang tersebut selaku exco pelaburan, perindustrian dan perdagangan.

Saya juga menghadiri banyak acara yang dikelolakan oleh syarikat-syarikat yang dimiliki penuh atau separuh oleh anggota BN, termasuk program SYABAS demi menjalankan tugas saya.

Apabila Pakatan Rakyat memegang kuasa, kami mesti berurus dengan orang daripada pelbagai latar belakang, serta merta.

Kalau reaksinya untuk menghina saya hanya kerana kamu tidak dapat menerima bahawa kerajaan Selangor untuk semua, saya ingin bertanya, berapalah produk ataupun perniagaan yang harus kita boikot di Malaysia?

Ini termasuk syarikat pemaju rumah (ramai pemaju adalah kroni BN dan orang BN), pembekalan air (SYABAS dimiliki oleh orang penting Umno Selangor Tan Sri Rozali Ismail), beras (di bawah kawalan BERNAS), bank (banyak bawah kawalan orang Umno), rantaian makanan, pasar raya, Da Ma Cai, jalan raya bertol swasta dan sebagainya.

Bahagian yang salah kempen "Boikot Gardenia" yang melulu ini, tiada sesiapa pun yang tahu siapa yang memulakannya.

Bahagian yang berbahaya apabila ia mempunyai unsur perkauman kerana ia menyeru “Kami orang Cina mesti...”.

Setahu saya, kempen ini mungkin dimulakan oleh musuh-musuh kami untuk mengakibatkan penyokong-penyokong kami kelihatan seperti rasis.

Seperti mana kami dalam Pakatan mengkritik dasar-dasar diskriminasi perkauman oleh Umno dan BN, penting bahawa kami tidak mengulangi langkah-langkah salah dan berkelakuan sepertinya.

Kami mesti "bikin serupa cakap" dan menunjukkan Pakatan inklusif, dan kami tidak mendiskriminasi berdasarkan kepada perbezaan-perbezaan perkauman ataupun politik.


NONE TERESA KOK adalah exco pelaburan, perindustrian dan perdagangan kerajaan negeri Selangor. Tulisan ini pandangan peribadi penulis yang juga disiarkan di Facebook dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.