Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang

Ceramah pembangkang terus dicemari perbuatan khianat apabila majlis melibatkan bekas menteri Perak Mohammad Nizar Jamaluddin di Kuala Kangsar semalam menyaksikan 11 kereta disimbah cat biru.

NONE Nizar berkata, perkara itu disedarinya ketika berceramah di hadapan 400 penyokong PAS di Sayong Lembah selepas dimaklumkan.

"Saya dimaklumkan kereta disimbah cat biru. Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan," kata anggota Parlimen Bukit Gantang itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Penganjur dan pemilik kenderaan kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

NONE Seorang anggota penganjur yang enggan namanya disebut memberitahu, ketika kejadian kelihatan sekumpulan pemandu motosikal mengganggu ceramah.

Malam tadi, ceramah PKR di Pantai Dalam dekat Kuala Lumpur turut merakamkan insiden seorang warga emas dan kanak-kanak 12 tahun cedera terkena balingan batu daripada kawasan ceramah Umno yang diadakan berdekatan.

[Baca berita penuh]