Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakatan 'tak boleh guna logo sendiri' dalam PRU13
Diterbitkan:  May 28, 2012 2:35 PM
Dikemaskini: 6:39 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan dibenarkan untuk menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya umum ke-13 kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan pendaftaran gabungan tersebut.

NONE Oleh itu, bendera parti-parti komponennya tidak boleh diletakkan di

kawasan di mana mereka tidak bertanding, atau ia akan diturunkan, kata Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar (kiri).

Dalam temubual dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily , Wan Ahmad menjelaskan bahawa undang-undang pilihan raya hanya membenarkan parti-parti yang bertanding memaparkan logo mereka yang berdaftar di dalam kawasan pilihan raya yang ditandingi.

SPR telah meluluskan 32 logo parti politik, bertambah lima daripada pilihan raya umum lepas.

Logo baru itu termasuk Parti Cinta Malaysia, Parti Makkal Sakti dan Parti Sosialis Malaysia.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS