mk-logo
Berita
Scorpene: Orang 'rapat' Daim turut dinamakan

Badan hak asasi manusia, Suaram, mendedahkan bahawa nama seorang individu yang didakwa rapat dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin disebut dalam kertas pendakwaan Perancis berhubung dakwaan rasuah dalam pembelian Malaysia dua kapal selam kelas Scorpene berharga RM7.3 bilion pada tahun 2002.

NONE Dalam satu sidang akhbar di Bangkok hari ini, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel berkata polis Perancis telah merampas dokumen termasuk nota untuk menteri pertahanan Perancis bertarikh 2 Julai 1999.

Ini berkaitan kepada satu temubual dengan menteri pertahanan Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dan diplomasi Perancis-Malaysia mengenai perkara-perkara berkaitan pertahanan.

"Nota tersebut menyebut nama Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Abdul Razak Baginda sebagai tempat rujukan untuk rangkaian politik," katanya.

"Ia seterusnya menyatakan bahawa kedua-duanya mempunyai hubungan politik yang kuat kerana Mohd Ibrahim rapat dengan Daim, dan Abdul Razak rapat dengan Najib."

Menurut Cynthia, satu lagi nota menjelaskan bahawa menjelang awal tahun 2001, pengaruh Mohd Ibrahim telah mula menurun sejajar dengan kuasa Daim yang semakin susut.

Nama Mohd Ibrahim kemudian 'hilang' dari syarikat Perimekar Sdn Bhd - yang dikatakan menjadi perantara dalam pembelian Scorpene - sebagai pemegang saham dan pengarah. Beliau digantikan kemudiannya oleh mereka dalam rangkaian Abdul Razak.

[Baca berita penuh]

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini