BERITA

'Surat sokongan' Faekah pula timbul

Aidila Razak

Diterbitkan
Dikemaskini 22 Jun 2012, 4:54 petang

Kiriman surat di antara setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin, sebuah firma guaman dan satu syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) menjadi buah mulut di kalangan kumpulan anti-Faekah dalam PKR negeri.

Dua pucuk surat yang diterbitkan di satu blog yang kuat mengkritik PKR dan kerajaan Selangor, sel13.com, mungkin memberi publisiti buruk kepada Faekah.

NONE Tulisan di sel13.com itu turut dikaitkan dengan akaun Twitter @pecatfaekah – tunjang utama dalam kempen dalam talian untuk memburuk-burukkan Faekah – serta blog Umno, parpukari.blogspot.com.

Tulisan berkenaan menunjukkan Faekah pada 10 Ogos 2011 menulis kepada seorang pengarah GLC Selangor untuk mengesyorkan supaya satu firma guaman dilantik ke panel guaman GLC terbabit.

Surat berkenaan dikeluarkan dengan menggunakan kepala surat pejabat MB Selangor.

"Pentadbiran ini juga berpandangan peluang harus diberikan selagi ia tidak menyalahi mana-mana peraturan syarikat," kata Faekah dalam surat yang turut disalin kepada firma berkenaan.

Malaysiakini akan mendedahkan nama firma dan GLC berkenaan apabila mendapat reaksi daripada pihak terbabit.

Surat didakwa ditulis oleh Faekah itu kelihatan seperti satu susulan kepada suratnya dengan firma berkenaan, bertarikh 27 Jun 2011.

Surat daripada firma berkenaan memohon pertimbangan Faekah supaya dilantik ke lembaga panel GLC Selangor.

"Kami amat berharap agar pihak puan dapatlah mempertimbangkan permohonan kami ini dan nescaya sekiranya kami diberi peluang, perkhidmatan yang kami berikan adalah yang terbaik dari phak kami dan tidak akan mengecewakan pihak puan," tulis rakan kongsi dalam firma guaman tersebut.

Surat berkenaan, yang ditanda sebagai dokumen sulit, diserahkan dengan tangan kepada pejabat MB Selangor dan diterima pada keesokan harinya.

Faekah: Tanya firma dan GLC

Malaysiakini  menghubungi firma guaman terbabit melalui emel dan telefon, namun rakan kongsi yang menulis kepada Faekah itu namun masih belum mendapatkan komennya.

Individu yang bertanggungjawa ke atas jabatan guaman GLC juga sedang bercuti dan hanya akan kembali bekerja pada Isnin.

ngo pro selangor government rally 230111 faekah Setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada firma guaman berkenaan sememangnya dilantik ke panel guaman tersebut, hasil daripada surat yang didakwa.

Dalam reaksinya kepada Malaysiakini , Faekah (kiri) dalam satu kiriman SMS berkata "Saya fikir anda patut mendapatkan maklumat – terperinci daripada (GLC terbabit) dan firma berkenaan."

“Berapa banyak projek (diberikan) kepada firma tersebut hasil daripada surat yang dikatakan itu," soalnya kembali.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa firma guaman tersebut adalah milik anak saudaranya dan beliau telah menghantar surat berkenaan.

"Selain surat tersebut, saya turut menandatangani beberapa surat lain... daripada pelbagai firma guaman lain yang meminta perkara sama," katanya yang menegaskan bahawa GLC terbabit akan dapat menjelaskannya.

"Surat berkenaan menunjukkan ketelusan yang diamalkan oleh pentadbiran kami."

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan