Malaysiakini
BERITA Malaysiakini

Bapa Altantuya bertegas anaknya pergi ke Perancis

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Setev Shaariibuu, bapa Altantuya - wanita Mongolia yang dibunuh - berkata anak perempuannya itu telah pergi ke Perancis dengan menggunakan nama lain - Aminah Abdullah.

"Kami ada bukti yang dia telah pergi ke Perancis dan akan mengemukakan bukti tersebut jika diminta berbuat sedemikian," kata Setev dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Kenyataan akhbar Setev dibaca oleh ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor.

Setev mengulas satu laporan berita yang menyatakan Altantuya tidak pernah pergi ke Perancis antara tahun 1999 dan 2007 berdasarkan rekod imigresen Perancis.

Sebaliknya, kata Setev. beliau telah diberitahu oleh anaknya bahawa dia pergi ke Perancis dan beberapa negara lain dengan pasport yang menggunakan nama Islamnya.

[Baca berita penuh]