mk-logo
Berita
Rafizi pertahan keaslian dokumen projek LRT

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mempertahankan keaslian dokumen yang didedahkannya sebelum ini sebagai bukti dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan dalam tender terbuka untuk projek sambungan LRT Ampang.

Beliau juga percaya kepada individu yang membocorkan dokumen tersebut kepadanya, kata Rafizi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

NONE "Setakat ini semua dokumen yang dia (pembocor maklumat) bagi itu asli. Saya sanggup ambil risiko (buat pendedahan)," katanya yang enggan mendedahkan identiti individu itu.

Beliau mengulas kenyataan pengarah urusan kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad Datuk Shahril Mokhtar yang mempertikaikan keaslian dokumen yang didedahkan Rafizi.

Shahril hari ini dilaporkan berkata, dokumen didedahkan Rafizi – dilaporkan mendakwa Kementerian Kewangan mengarahkan Prasarana supaya menganugerahkan kontrak tersebut kepada firma George Kent (M) Bhd – mungkin tidak asli.

rafizi ramli investigated macc 270612 Shahril dalam laporan The Edge Financial Daily itu juga dilaporkan berkata, tiada surat penganugerahan dikeluarkan untuk projek tersebut, susulan dakwaan Rafizi bahawa projek itu telah dianugerahkan kepada firma George Kent.

Mengulas kenyataan itu, Rafizi mengakui bahawa beliau tidak pernah mendedahkan sebarang surat penganugerahan berkenaan projek berkenaan.

"Memanglah, surat penganugerahan tidak pernah keluar," katanya.

Jelasnya, dalam siri pendedahannya berhubung dakwaan skandal itu, beliau hanya mendedahkan dokumen didakwa minit mesyuarat oleh Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan serta surat daripada kementerian tersebut kepada Prasarana pada Januari dan Jun lalu.

NONE Rafizi mendakwa dokumen berkenaan menunjukkan bahawa projek itu pada asalnya diberikan kepada Balfour Beatty-Invensys Consortium jatuh ke tangan Konsortium George Kent atas campur tangan Najib.

Polis menyiasat Rafizi mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) susulan pendedahannya itu dan turut ditemubual sepasukan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 27 Jun.

Susulan siasatan itu, Rafizi membuat laporan polis dan SPRM kemudiannya turut mengunjungi SPNB, beberapa jam selepas pemimpin muda itu membuat laporan polis pada 29 Jun berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa perdana menteri dalam kes berkenaan.

Najib pada tarikh itu turut menyatakan bahawa penganugerahan projek bernilai lebih RM1 bilion tersebut dilakukan mengikut aturan, tetapi tidak menjelaskan perkara itu.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS