Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kuning akan warnai Dataran lagi di ambang merdeka

Sebanyak 20 NGO akan mengadakan sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka untuk mengingatkan kerajaan persekutuan berhubung janji-janji bagi memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil.

Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said berkata, program yang dinamakan "Janji Bersih" itu akan menyaksikan pesertanya memakai pakaian kuning sebagai lambang perjuangan menuntut reformasi sistem pilihan raya.

NONE Samad ( kiri ) bagaimanapun menegaskan, acara itu tidak dianjurkan oleh BERSIH kerana hanya 26 daripada 80 badan gabungan menyertai acara itu. Kumpulan lain dijangka menyertainya kemudian.

Janji Bersih itu dipercayai diambil sempena tema "Janji Ditepati' yang diperkenalkan oleh kerajaan BN.

"Selama ini, kita hanya mendengar 'janji' menjelang sambutan hari kemerdekan. Kamu tahu orang ramai mahukan Malaysia yang lebih bersih dan bebas dalam sambutan kemerdekaan negara ke-55," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS