BERITA

BN: ABASS diarah kurangkan bekalan air terawat

Zulaikha Zulkifli

Diterbitkan
Dikemaskini 16 Ogs 2012, 6:31 pagi

BN Selangor mendakwa masalah bekalan air terawat melanda Kajang dan Balakong apabila Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASs) diarahkan mengurangkan pengeluaran air terawat kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed mendakwa, arahan tersebut dikeluarkan oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) agar ABBAS menurunkan pengeluaran air terawat kepada 120 juta gelen sehari.

NONE Menurut Mohd Zin, arahan tersebut dikeluarkan melalui memo oleh KPS yang dihantar kepada ABASS, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan SYABAS bertarikh 29 Disember 2011.

Sehubungan itu, Mohd Zin berkata, tindakan tersebut menunjukkan pihak kerajaan negeri melalui KPS membelakangi kepentingan rakyat.

"Apa yang mendukacitakan kami ialah pihak kerajaan negeri melalui KPS sanggup mengeluarkan arahan ini.

"Tidak kisah apa jua alasan yang diberikan, arahan seperti ini dilihat membelakangkan kepentingan rakyat," kata Mohd Zin pada sidang media di ibu pejabat Umno di Shah Alam hari ini.

Selain itu, Mohd Zin menambah, disebabkan tindakan itu, dakwaan mengatakan SYABAS tidak menjalankan tugas dengan baik adalah pembohongan semata-mata.

"Kalau kata SYABAS tak efisyen, pembohongan semata-mata. Dia yang suruh kurangkan pengeluaran air terawat daripada 140 kepada 120 juta gelen sehari.

"Bila kita cakap pasal loji Langat 2 untuk selamatkan rakyat, mereka cakap pasal lombong di Semenyih. Itu penuh dengan air tak terawat. Kita cakap mengenai air terawat," katanya lagi.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.