Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengarah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali hari ini mengesahkan bahawa bekas anggota panel suruhanjaya itu, Tan Sri Robert Phang bebas daripada tuduhan rasuah yang dibuat ke atasnya.

Mustafar mengesahkan perkara itu dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Phang juga telah diberikan surat dairpada Mustafar bertarikh November yang membebaskan Phang daripada siasatan melibatkan tuduhan rasuah untuk sebuah kontrak kerajaan seperti yang ditimbulkan seorang penulis blog.

Bagaimanapun, surat daripada SPRM kepada Robert itu juga menyatakan bahawa ia tidak boleh diberi kepada media.

''Pihak pendakwa raya telah membuat keputusan dan membersihkan Phang daripada dakwaan rasuah. Ia juga telah diumumkan oleh panel kajian operasi,'' kata Mustafar dalam SMS awal minggu ini.

Phang meletak jawatan sebagai panel penasihat SPRM awal tahun lalu. Robert beliau perlu berundur daripada jawatan tersebutbagi menjamin integriti dirinya dan juga SPRM.

[Baca berita penuh]

ADS