BERITA

BERSIH gesa hormati hak berhimpun 'Janji Demokrasi'

Zulaika Zulkifli

Diterbitkan
Dikemaskini 28 Ogs 2012, 9:10 pagi

BERSIH menggesa pihak berkuasa menghormati hak berhimpun dengan membenarkan perhimpunan "Janji Demokrasi" anjuran sekumpulan NGO di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos.

"Janji Demokrasi dianjurkan oleh beberapa NGO yang pernah terlibat dengan BERSIH 2.0, mereka berhak untuk berhimpun.

NONE "Kami menyokong tindakan itu dan gesaan mereka terhadap pembaharuan yang demokratik," kata Pengerusi Bersama BERSIH Ambiga yang membacakan kenyataan gabungan itu.

Dalam sidang media di ibu negara hari ini, Ambiga bagaimanapun berkata, sebarang pertanyaan lanjut berhubung himpunan itu hendaklah dirujuk kepada penganjur kerana BERSIH tidak terlibat.

Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, tiada "lampu hijau" diberikan kerana penganjur gagal memberi notis sepuluh hari seperti disyaratkan dalam Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2011.

Dalam sidang media di ibu negara hari ini, Ambiga berkata, sebarang pertanyaan lanjut berhubung himpunan itu hendaklah dirujuk kepada penganjur kerana BERSIH tidak terlibat.

Dalam kenyataannya, BERSIH turut menggesa Zainuddin menghentikan sebarang kenyataan melulu dan kabur tentang BERSIH 2.0.

Menurutnya, Zainuddin perlu memberikan keterangan pada inkuiri terbuka Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) jika mahu mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Merujuk komen yang dilapor dibuat ACP Zainuddin bahawa BERSIH 2.0 'melakukan pelbagai perkara', kami percaya komen ini sengaja dibuat secara kabur.

"Berdasarkan pangkat dan kekananannya, komen beliau perlulah lebih bertanggungjawab dan beliau perlu menjelaskan lebih lanjut kenyataannya sebelum ini," katanya.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.