Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hisham: Tiada insiden buruk di perhimpunan Janji Demokrasi
Diterbitkan:  Aug 31, 2012 5:24 PM
Dikemaskini: 9:26 AM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melahirkan rasa puas hati kerana tiada insiden tidak diingini berlaku ketika perhimpunan Janji Demokrasi yang dianjur oleh badan bukan kerajaan, semalam.

    

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan semua pihak yang bertugas menjaga keselamatan ketika himpunan itu berlangsung di Dataran Merdeka, malam tadi.

    

"Kita tengok bahawa sambutan mereka yang cuba untuk memporak-perandakan sesuatu kali ini, tidak menjadi. Tetapi kita mesti sentiasa berwaspada,"  katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka di ibunegara hari ini.

    

Menyentuh mengenai sambutan hari ini, Hishammuddin berkata setiap lapisan masyarakat meraikan hari kemerdekaan dengan penuh semangat dan mendapat sambutan luar biasa seluruh rakyat.

- Bernama

ADS