Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan juga terima dana asing, kata Suaram
Diterbitkan:  Sep 4, 2012 6:04 PM
Dikemaskini: Sep 5, 2012 3:57 AM

NGO hak asasi Suaram menangkis dakwaan bahawa badan itu menerima dana asing dengan menyatakan, kerajaan juga menerima dana asing malah dalam jumlah yang lebih besar.

"Adakah ia satu rahsia besar bahawa NGO Malaysia menerima dana asing, antaranya termasuk sumbangan?

NONE "Maksud anda, kerajaan Malaysia jahil sejak sebelum ini?," kata penadihat Suaram Kua Kia Soong dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Sabri Yaakob bahawa akaun Suaram "sangat meragukan".

Kua menjelaskan bahawa NGO Malaysia, terutama melibatkan isu berhubung hak asasi manusia, orang asal, migran dan pelarian, sering menerima dana asing kerana kerajaan Malaysia "tidak peduli" mengenai perkara berkenaan.

"Tapi apa yang NGO Malaysia terima daripada pembiaya asing hanya sedikit berbanding apa yang kerajaan Malaysia terima daripada pembiaya asing.

"Secara praktiknya, setiap projek mega di Malaysia sejak kemerdekaan lagi dibiaya oleh sokongan (pembiaya) asing. Begitu juga dengan urusniaga (peralatan) ketenteraan yang besar," kata Kua.

Beliau memberi contoh, United Kingdom melalui bajet bantuan luar pada 1994 menyediakan £ 234 juta untuk projek hidroelektrik Pergai di Kelantan untuk pertukaran bagi pembelian ketenteraan berjumlah £ 1 bilion.

"Jadi, untuk satu projek sahaja, khususnya empangan Pergau, kerajaan Malaysia menerima £ 234 juta. Anda boleh bayangkan berapa banyak dana luar yang diterima kerajaan Malaysia selama ini sejak Merdeka?," soalnya.

[Baca berita penuh]

ADS