Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SSM geledah pejabat SU syarikat dan juruaudit Suaram
Diterbitkan:  Sep 5, 2012 8:01 PM
Dikemaskini: 12:04 PM

Pegawai dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengeledah pejabat setiausaha syarikat dan juruaudit Suara Inisiatif Sdn Bhd serta merampas dokumen berkaitan dengan syarikat itu.

Notis untuk menggeledah dan merampas dikeluarkan mengikut Seksyen 7C dan 7D (1) Akta Syarikat 1965.

Dalam satu kenyataan, Suaram berkata, pihaknya percaya kerajaan dan agensi-agensinya dalam kempen untuk menakut-nakutkan dan mengganggu Suaram sebagai tindak balas terhadap pendedahan NGO itu berhubung skandal kapal selam.

Sambil mengutuk tindakan SSM itu, Suaram berkata ia menjadi sasaran semata-mata kerana usahanya yang sah dan aman dalam mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia.

Ugutan politik dan gangguan yang berterusan ini, tegas Suaram, adalah bukti bahawa kerajaan bertekad untuk mendiamkan suara-suara yang kritikal terhadapnya.

Katanya, dunia mesti menyaksikan trend yang membimbangkan ini sebagai satu isyarat mengenai potensi tindakan keras terhadap aktivis dan pembela hak asasi yang kritikal di negara ini.

Pengarah eksekutif Suaram E Nalini mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa pegawai SSM menyerbu pejabat juruaudit dan setiausaha syarikat pada waktu pagi, tetapi enggan mengulas lanjut, dan berkata ia akan didedahkan esok, mengenai notis yang turut dikeluarkan kepada Suaram.

[Baca berita penuh]

ADS