Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno Cheras gesa tindakan tegas pada Suaram
Diterbitkan:  Sep 11, 2012 6:00 PM
Dikemaskini: 10:02 AM

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee hari ini meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang didakwa menerima dana asing.

Selasa lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan sebuah NGO Amerika Syarikat, yang menjadi antara penyumbang dana terbesar kepada Suaram dipercayai mempunyai kaitan dengan spekulator mata wang terkenal George Soros.

Beliau berkata pembabitan Soros, yang digelar 'penyangak mata wang' ketika krisis ekonomi di Asia Tenggara pada 1997 dan 1998, dalam urusan negara ini boleh mengancam keselamatan negara dan perpaduan rakyat.

"Pendedahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seperti mengesahkan perancangan halus penyangak mata wang dan kuasa-kuasa Barat untuk menghancurkan negara ini dengan berselindung di sebalik nama NGO (pertubuhan bukan kerajaan)," kata Syed Ali dalam entri terbaharunya di www.umnobahagiancheras.blogspot.com .

- Bernama

ADS