Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Masyarakat Penan berdemo di empangan Murum
Diterbitkan:  Sep 28, 2012 12:12 PM
Dikemaskini: 5:22 AM

Ratusan masyarakat Penan berhimpun bagi membantah projek kontroversi empangan hidroelektrik Murum pada Rabu, kata Penyelaras Gabungan Pemeliharaan Persekitaran Semula Jadi Sarawak (Scane) Raymond Abin.

NONE Raymond berkata, kira-kira 200 masyarakat Penan berkumpul menghadang jalan ke empangan itu di jambatan Sungai Seping, kira-kira 40km daripada tapak projek.

Katanya, mereka membawa pelbagai poster yang "menuntut keadilan" dan mendesah projek itu dihentikan. Kanak-kanak dan wanita turut menyertai perhimpunan itu.

Tindakan itu menyebabkan kenderaan pembinaan tidak dapat keluar masuk ke kawasan empangan itu.

Masyarakat Penan bercadang tetap berada di situ sehingga pihak berkuasa tampil berbincang dengan mereka.

[Berita penuh menyusul]

ADS