Malaysiakini
Malaysiakini BERITA

Penduduk, NGO berhimpun bantah Rapid di Pengerang

Team Malaysiakini

Diterbitkan  |  Dikemaskini

dikemaskini 2.36pm Perhimpunan kumpulan peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor yang dirancang bagi membantah projek petrokimia Rapid dijadual bermula sekitar jam 10 pagi.

pengerang himpunan hijau 300912 start marching 05 Penduduk di perkampungan nelayan itu, diketuai satu gabungan NGO, mendakwa mereka tidak dirunding dan bimbang projek besar bernilai RM60 bilion itu akan menjejaskan alam sekitar, kesihatan dan punca ekonomi mereka.

Mereka akan berkumpul di dua lokasi – sejauh kira-kira satu kilometer dari tempat perhimpunan, sebelum berarak ke Dataran Sungai Rengit di Pengerang.

Kumpulan peserta perhimpunan itu akan membawa maskot udang besar sebagai lambang hasil pengeluaran utama kawasan itu.

LAPORAN LANGSUNG

11.45am: Juruacara Hishamuddin Rais mengetuai peserta perhimpunan untuk menyanyikan lagu Suara Rakyat dan membaca deklarasi Earth Charter.

Deklarasi sama dicetak di baju hijau yang dipakai peserta.

Beliau seterusnya mengumumkan bahawa perhimpunan itu tamat dengan kehadiran 6,000 peserta.

Aktivis itu juga menggesa para peserta mengutip sampah ketika bersurai.

Sumber polis menganggarkan 3,000 orang menyertai perhimpunan hari ini.

11.25am: Chua juga berjanji bahawa projek Rapid akan dihentikan sekiranya Pakatan mengambil alih Putrajaya.

"Kita (PKR) sudahpun mewakili orang di sini. Peguyam kita telah mengemukakan petisyen terhadap projek ini di mahkamah," katanya.

11.20am: Pesuruhjaya PAS Johor juga berucap berhuung isu pembangunan lestari dengan pandangan bahawa parti itu menentang pembangunan yang hanya menguntungkan kroni.

Katanya, PAS akan mempertahankan hak orang Johor di Pengerang sekiranya berjaya menewaskan BN.

Ketua PKR Johor Datuk Seri Chua Jui Meng pula berucap mengenai prestasi MP Pengerang dalam mempertahankan hak warga Pengerang.

"Di mana Azalina? Adakah dia berada di hotel?

Katanya, Pakatan akan menghentikan semua "projek berbahaya" sekiranya berjaya merampas Johor.

11.10am: Anggota jawatankuas Himpunan Hijau Kuantan Clement Gan berkata negara jiran perlu bimbang dengan kerosakan alam sekitar di sini, kerana menurutnya ia juga akan menjejaskan negara tersebut.

"Bila saya lihat udang karang di sini, saya rasa kasihan kerana ia akan menjadi toksik, dan jika ia berenang ke Kuantan, ia akan menjadi radiokatif," katanya.

Pentas kemudian diserahkan kepada pemimpin politik. ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau menggesa peserta supaya "menghijaukan" seluruh Johor dan Malaysia.

"Ini adalah untuk anak-anak kita pada generasi depan," katany ADUN Skudai itu.

10.45am: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Mazlan Aliman menyenaraikan sebab mengapa Pengerang dipilih untuk projek Rapid, yang disambut dengan laungan "boo" dari peserta perhimpunan.

10.30am: Dalam ucapannya, anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat berkata rakyat akan membuang kerajaan ke "tong sampah sejarah" sekiranya menggadaikan hak dan tanah mereka.

"Kita tidak mahu tanah kita menjadi tong sampah Australia dan Taiwan," katanya.

pengerang himpunan hijau 300912 start marching 07 10.20am: Jumlah peserta perhimpunan di Dataran Sungai Rengit meningkat kepada 3,000 orang apabila disertai kumpulan yang berarak.

Presiden Jawatankuasa Bertindak Pengerang Prihatin (Prihatin) berucap di hadapan peserta perhimpunan.

Kerusi yang dikhaskan untuk MP Pengerang Datuk Azalina Othman diketepikan untuk memberi ruang kepada VIP yang hadir.

10.15am:

Wakil dari pelbagai NGO diberi peluang untuk berucap, seorang demi seorang.

Para jurugambar mengadu tidak cukup masa untuk merakam gambar.

10am: Himpunan Hijau Lestari Pengerang dimulakan dengan bacaan doa.

Sementara itu, seorang wartawan Citizen Journalist Malaysiakini,  Azizan Yunos mendakwa keretanya disimbah asid pagi ini.

"Saya tidak tahu mengapa saya jadi sasaran," katanya.

Beliau berada di Pengerang sejak jam 3 pagi semalam bersama beberapa orang untuk merakam satu video mengenai Lim Hwee Seng, seorang bekas guru di Pengerang yang melawati kawasan tersebut.

Kereta yang digunakan Lim diparkir di hadapan kereta Azizan turut menjadi sasaran dalam serangan itu.

pengerang himpunan hijau 300912 start marching 04 9.55am: Seramai kira-kira 1,500 orang mula berarak dari Tokong Bao An ke lokasi perhimpunan yang terletak sejauh kira-kira 1km.

Mereka melaungkan slogan "Hidup rakyat", "Tolak Rapid", "Tolak BN" ketika beregerak ke arah Dataran Sungai Rengot di Pengerang.

Kebanyakan daripadanya merupakan penyokong pembangkang dari seluruh negara. Seramai kira-kira 40 anggota unit amal PAS membantu mengawal trafik dan keselamatan.

9.30am: Peserta di Tokong Bao An meningkat kepada kira-kira 500 orang.

Kumpulan peserta itu membawa kain rentang dengan slogan bantahan ke atas projek penapisan minnyak dan ramai yang mengambil peluang untuk merakam gambar.

Salah satu kumpulan dari Pagoh melaungkan "Turun Muhyiddin" dalam bahasa Cina - yang merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Salah satu kumpulan lagi dari Segamat melaungkan: "Kami sokonga Pengerang".

pengerang himpunan hijau 300912 supporter 03 9.05am: Penganjur meminta peserta berusia bawah 15 tahun meninggalkan lokasi sebelum perhimpunan bermula jam 10 pagi, selari dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pengumuman melalui sistem siar raya itu juga meminta individu yang bertopeng supaya menanggalkannya.

8.45am: Jumlah peserta di Dataran Sungai Rengit meningkat kepada kira-kira 300 – kebanyakan daripada mereka berteduh di bawah rimbunan pokok atau di bawah bumbung kedai.

7.50am: Lebih 120 orang diketuai CEO Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor Tang Ah Chai tiba dengan tiga bas dan menyertai kumpulan Jawatankuasa Haramkan Sianida Bukit Koman yang menaiki satu bas lain.

pengerang himpunan hijau 300912 supporter 05 Pengerusi Jawatankuasa Haramkan Sianida Bukit Koman Wong Him Hoong memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan menahan sebuah bas daripada memasuki lebuhraya dalam perjalanan ke Pengerang.

"Ini memaksa kami menggunakan jalan lama ke Pengerang," kata Wong.

Menurut ketua pergerakan pemumuda sosialis DAP Tan Hong Pin, polis membuat sekatan di plaza tol Ulu Tiram di Lebuhraya Desaru.

VIDEO l 2.01 mins