Satu tinjauan umum mendapati sembilan daripada 10 warga Sabah bersetuju dengan penubuha suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung isu pendatang asing di negeri itu.
Bagaimanapun, hanya separuh daripada responden percaya bahawa RCI itu akan menangani masalah pendatang asing tanpa izin, yang dituntut supaya mendapat perhatian segera kerajaan.
Kajian itu dijalankan Merdeka Center antara 6 hingga 7 September itu menilai persepsi pengundi mengenai perkembangan semasa di Sabah.
Sejumlah 829 orang pengundi – melibatkan 51 peratus bumiputra Islam, 29 peratus bumiputra bukan Islam dan 20 peratus pengundi Cina yang mencerminkan profil pengundi di negeri itu – diwawancara melalui telefon.
[Berita penuh menyusul]